MENU

Selamat Datang Ke Portal Rasmi Majlis Daerah Jelebu

 

Encik Muhammad Zainul Ariffin bin Zolkipli

Penolong Juruaudit W29

Emel : mdjauditdalam@gmail.com

 

OBJEKTIF UNIT AUDIT DALAM

i. Memastikan sistem pengurusan dan kewangan jabatan diuruskan dengan teratur selaras dengan dasar, undang-undang dan prosedur yang ditetapkan. 

ii. Menambah nilai dan mempertingkatkan tahap operasi organisasi dari segi tahap kesempurnaan, kecekapan dan ekonomi. 

iii. Mengenalpasti kelemahan perlaksanaan dan ketidakpatuhan pihak terbabit serta mengesyorkan langkah-langkah bagi memperbaikinya dalam keadaan di mana tindakan pembetulan adalah diperlukan.

 

FUNGSI UNIT

i. Mengkaji tahap pematuhan kepada segala dasar, undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuatkuasa. 
  
ii. Mengkaji aktiviti organisasi diuruskan secara berhemat, cekap dan berkesan. 
  
iii. Menjalankan pemeriksaan mengejut.
  
iv. Menjalankan pengauditan sistem penarafan bintang pihak berkuasa tempatan(SPB-PBT)

v. Menyediakan rancangan audit tahunan, laporan tahunan dan mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Audit Dalam. 

vi. Membentangkan Laporan Audit Dalam di Mesyuarat Jawatankuasa Audit Dalam.