MENU

Selamat Datang Ke Portal Rasmi Majlis Daerah Jelebu

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Pertama sekali marilah kita memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT kerana atas limpah kurnia dan Izinnya untuk kita meneruskan usaha untuk menyempurnakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan dalam mengurus dan mentadbir Majlis Daerah Jelebu kearah kemajuan dan pembangunan yang lebih cemerlang serta perkhidmatan dan layanan yang lebih baik kepada pelanggan.   Laman web ini telah membawa Majlis Daerah Jelebu (MDJ) selangkah lagi ke hadapan menuju era Teknologi Maklumat (IT) ini, disamping menjadi bukti kami menyahut hasrat kerajaan menubuhkan Kerajaan Elektronik (EG).  

Majlis Daerah Jelebu telah memainkan peranan yang penting dan mempunyai tanggungjawab terhadap pembangunan dan kemajuan daerah Jelebu. Ini termasuklah perkhidmatan kebersihan dan kawalan perniagaan, perancangan pembangunan, penyediaan kemudahan, dan sebagainya.   Melalui laman web ini Majlis Daerah Jelebu akan lebih mendekatkan diri secara lebih mesra kepada pelanggan kami yang terdiri dari orang awam, pihak swasta, jabatan dan agensi kerajaan. Maklumat-maklumat ini memudahkan lagi pelanggan berurusan dengan Majlis Daerah Jelebu. Sekian Terima Kasih

 

Tuan Abdul Rahim bin A.Aziz

Yang DiPertua

Majlis Daerah Jelebu