PERMOHONAN TUKAR NAMA PEMILIK HARTA DAN ALAMAT HARTA
Pindahmilik Nama Harta hendaklah di isi melalui Borang I dan dihantar atau hadir ke Pejabat Majlis Daerah Jelebu dan bawa bersama-sama dokumen yang diperlukan.
Prosedur
- Lengkapkan Borang I (Borang pindahmilik nama);
- Sertakan dokumen sokongan;
- Hantar atau hadir ke Pejabat Majlis Daerah Jelebu untuk proses selanjutnya
Dokumen Sokongan
Senarai salinan dokumen yang diperlukan untuk Pindahmilik Nama Harta pada Cukai Taksiran, BORANG I
- 1 Salinan Geran Hakmilik;
- 1 Salinan Pelan Geran Hakmilik atau 1 Salinan Perjanjian Jualbeli (jika ada);
- 1 Salinan Kad Pengenalan Pemilik;
- 1 Salinan Resit Cukai Tanah (Tahun Semasa);
- 1 Salinan Resit Cukai Taksiran (Tahun Semasa)
*Setiap pindahmilik nama harta akan dikenakan bayaran sebanyak RM 20.00 bagi setiap pindahmilik harta yang dilakukan.
Sebarang pertanyaan sila hubungi:
Bahagian Penilaian dan Pengurusan Harta
Majlis Daerah Jelebu
Tingkat 2, Wisma MDJ,
Jalan Simpang Pertang,
71600 Kuala Klawang,
Negeri Sembilan.
Tel: 06-6136991/06-6136479
Fax: 06-06-6137515