MENU

Selamat Datang Ke Portal Rasmi Majlis Daerah Jelebu

Draf Rancangan Tempatan Daerah Jelebu 2035 (Penggantian)

Draf Rancangan Tempatan Daerah Jelebu 2035 (Penggantian) disediakan untuk menggantikan Rancangan Tempatan Daerah Jelebu yang telah diwartakan pada 16 Ogos 2007 (No. Warta 670) yang telah tamat tempoh perancangan pada tahun 2015.

Draf Rancangan Tempatan Daerah Jelebu 2035 (Penggantian) ini merangkumi :

Jilid I :  Peta Cadangan dan Penyataan Bertulis (Strategi Pembangunan)

Jilid II : Peta Cadangan dan Penyataan Bertulis (Kawalan Pembangunan)

Jilid III : Pengurusan dan Pelaksanaan

Program Publisiti dan Penyertaan Awam akan diadakan selama 30 hari bermula pada 29 Mac 2022 sehingga 27 April 2022 yang bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada semua pihak berkepentingan terhadap cadangan-cadangan pembangunan di Daerah Jelebu yang terkandung dalam dokumen Rancangan Tempatan.

Semua pihak dijemput untuk membuat semakan ke atas kandungan dokumen ini dan mengemukakan maklum balas, cadangan dan bantahan bagi menambah baik dokumen ini sebelum atau pada 27 April 2022.

Tuan/ Puan boleh memuat turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :

BIL PERKARA DOKUMEN
1. Draf RT Daerah Jelebu 2035 Jilid 1 Muat Turun
2. Draf RT Daerah Jelebu 2035 Jilid 2 Muat Turun
3. Draf RT Daerah Jelebu 2035 Jilid 3 Muat Turun
4. Ringkasan Eksekutif Muat Turun
5. Banner Muat Turun
6. Bunting Muat Turun
7. Notis Akhbar Muat Turun
8. Panel RTD Jelebu 2035 Muat Turun
9. Risalah (Depan) Muat Turun
10. Risalah (Dalam) Muat Turun
11. Borang Bantahan Muat Turun