MENU

Selamat Datang Ke Portal Rasmi Majlis Daerah Jelebu

Misi Dan Visi

Merancang pembangunan bandaraya Ipoh dengan mengambil kira faktor fizikal, ekonomi dan sosial untuk mencapai taraf kehidupan wargakota yang lebih berkualiti.

Fungsi

Berdasarkan kepada keperluan-keperluan Jabatan ini dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang besar dalam mengawal dan merancang arah pembangunan Bandaraya Ipoh, perluasan sempadan Majlis dari 387.63km persegi kepada ... , perluasan pemakaian Akta 172, Akta A 933 pindaan 1995, dan Akta A1129 pindaan 2001 serta pertambahan peranan dalam rancangan-rancangan pembangunan, penguatkuasaan, rundingan, serantau dan pendidikan, penyelidikan dan pengemaskinian maklumat ke arah memantapkan Jabatan Perancang Bandar khususnya dan Majlis amnya maka 5 bahagian telah diwujudkan iaitu:

* Kawalan Pembangunan

* Rancangan Pemajuan

* Penyelidikan dan Projek Khas

* Penguatkuasaan Perancangan

* Bahagian Pentadbiran

Bahagian Kawalan Bangunan

Memproses permohonan, menyelaras dan mengawal semua pembangunan fizikal bagi menentukan pembangunan yang sesuai dan teratur dalam kawasan Majlis berdasarkan kepada rancangan pemajuan dan perancangan yang wajar.

Tujuan Kawalan Pembangunan

Aktiviti ini penting untuk memastikan pembangunan yang dihasilkan bersesuaian dengan keperluan berikut:

  • Teratur dan tersusun mengikut dasar-dasar perancangan, Pelan Pembangunan, Rancangan Tempatan dan keperluan kawalan pembangunan pihak berkuasa tempatan.
  • Memastikan kehendak dan dasar kerajaan dipatuhi.
  • Memasti kehendak Akta, Undang-undang, enakmen yang telah ditetapkan dipatuhi.
  • Mematuhi kehendak prosedur, peraturan, kaedah dan piawaian.

Peruntukan Kuasa Undang-Undang

  • Kanun Tanah Negara (Akta 65) dan pindaan
  • Akta 172 - Akta Perancangan Bandar dan Desa
  • Akta 171 (Akta Kerajaan Tempatan)

Alat-Alat Kawalan Pembangunan

Senarai alat Kawalan Pembangunan adalah seperti berikut,

  • Jenis atau pembangunan guna tanah yang dibenarkan.
  • Kepadatan penduduk.
  • Nisbah plot.
  • Kawasan plinth.
  • Anjakan bangunan.
  • Jarak antara bangunan.
  • Ketinggian bangunan.
  • Kawasan lapang dan rekreasi.
  • Tempat letak kereta.
  • Kemudahan masyarakat.
  • Jalan raya.
  • Landskap.
  • Ciri-ciri senibina.
  • Infrastruktur dan utiliti .
  • Pemotongan dan penambakan tanah.
  • Alam sekitar.
  • Saliran dan perparitan.
  • Dasar kerajaan.
  • Piawaian bagi sesuatu pembangunan khusus.
  • Caj pembangunan .

Bahagian Rancangan Pemajuan

Memastikan MBI mempunyai Rancangan-Rancangan Pemajuan seperti yang dikehendaki di dalam Akta Perancang Bandar Dan Desa (Akta 172).

Tujuan

  • Mengemukakan garispanduan mengenai pendekatan, bentuk dan kandungan yang perlu diambilkira dalam penyediaan Rancangan Tempatan.
  • Memenuhi kehendak-kehendak Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, (Akta 172).
  • Memenuhi kehendak-kehendak Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 1995, (Akta A933).
  • Menghasilkan Rancangan Tempatan yang seragam lebih berkualiti, lebih daya laksana dan mudah difahami oleh orang awam.
  • Manual ini menggantikan manual terdahulu yang digunapakai sejak tahun 1993.
  • Bahagian Penyelidikan Dan Projek Khas.

    1. Unit Rekabentuk dan Pengekalan Bandar

    Objektif Pengekalan dan Pemeliharaan Warisan-warisan Bersejarah Majlis Bandaraya Ipoh

    a. Menyediakan maklumat terperinci (melalui inventori) profil-profil bangunan yang ada di Kawasan Pemeliharaan serta menggariskan tindakan-tindakan khusus bagi menjaga kepentingan nilai warisan bangunan-bangunan ini.

    b. Membuat cadangan penyesuai gunaan (guna bangunan) kepada bangunan-bangunan di kawasan pemeliharaan supaya setimpal dengan konteks nilai warisannya. (zon lama-revitalise semula zon ini)

    c. Membuat cadangan peningkatan corak sirkulasi dalaman di Kawasan Pemeliharaan untuk memastikan satu sistem pergerakan kenderaan dan pejalan kaki yang lancar dan tidak konflik. Memastikan jenis rekabentuk jalan yang setimpal dengan konteks kawasan warisan mengikut keutamaan kenderaan atau pejalan kaki di mana yang sesuai.

    d. Membuat garispanduan peningkatan kualiti visual Kawasan Pemeliharaan dari segi cara penjagaan bangunan, pengiklanan, landskap bandar, perabut jalan dan ameniti bandar untuk pengguna-pengguna dan penduduk tempatan.

    e. Menyediakan satu garispanduan berkaitan cara-cara pengurusan pemeliharaan bangunan-bangunan di dalam kawasan pemeliharaan.

    2. Penamaan Skim

    Objektif menyediakan Penamaan Skim Pembangunan adalah seperti berikut :-

    • Menamakan semua pembangunan baru mengikut garis panduan yang disediakan supaya seragam dan menyerapkan identiti tempatan.
    • Menamakan semula semua skim yang telah dimajukan sepenuhnya mengikut garis panduan yang disediakan supaya seragam dan mempunyai sempadan fizikal yang jelas.
    • Menggunakan 'zon utama’ penamaan sebagai nama tempatan dan 'zon kecil' (boleh ubah)sebagai gantinama alternatif bagi taman supaya dapat menunjukkan lokasi skim secara lebih terperinci.
    • Menyediakan konsep penamaan sekim pembangunan yang boleh diselaraskan dengan garis panduan penamaan jalan.
    • Penamaan Jalan

    Matlamat

    • Lokasi Tapak Dalam Kawasan MBI

    Setiap jalan yang dinamakan perlu mempunyai nama zon penamaan supaya lokasi di kawasan mana jalan tersebut terletak, dapat dikesan dengan mudah.

    • Lokasi Jalan Dalam Sesuatu Zon Penamaan

    Penggunaan istilah jalan yang berbeza atau penggunaan perkataan zon kecil boleh digunakan supaya lokasi jalan dalam sesuatu zon penamaan secara lebih terperinci boleh diketahui.

    • Hirarki Jalanraya

    Hirarki jalanraya boleh diklasifikasi berdasarkan fungsi dan ciri-ciri jalanraya tersebut. Seterusnya ia diterjemahkan melalui penggunaan istilah jalan yang berbeza supaya pengguna jalanraya dapat mengetahui bahawa ia sedang melalui samada jalan utama, jalan susur, jalan mati atau jalan keliling.

    iv. Pernomboran Bangunan

     

    Sistem Penetapan Nombor

    • Nombor-nombor bangunan akan ditetapkan oleh Majlis berdasarkan kepada pelan ukur yang telah diluluskan.
    • Penetapan nombor-nombor bangunan akan dibuat sebaik sahaja Jabatan ini dimaklumkan tentang kelulusan Pelan-Pelan Bangunan berkenaan atau menerima permohonan daripada pemaju/pemilik.
    • Pemaju/pemilik akan dimaklumkan tentang nombor-nombor bangunan yang telah ditetapkan.

     

    BAHAGIAN PENGUATKUASAAN PERANCANGAN.

    Objektif Penguatkuasaan Perancangan

    • Memastikan pembangunan bandar yang teratur dan mematuhi peruntukan Akta Perancang Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172) serta undang-undang yang berkaitan.

     

    Maklumat-Maklumat Pegawai

    Jawatan/Gred

    Nama

    No. Tel

    Bahagian

    Pengarah Perancang Bandar (J52)

    Hj. Azizuddin bin Hj. Alias AMP, PPT, APPM.

    2083203

    Pengarah Perancang Bandaraya

    Pegawai Perancang Bandar (J44)

    Zulqarnain bin Mohamad

    2083269

    Kawalan Pembangunan

    Pegawai Perancang Bandar (J41)

    Mohd Tajuddin bin Mohd. Tahir

    2083268

    Penguatkuasaan Perancangan

    Pegawai Perancang Bandar (J41)

    Mohd Zainal bin Abdul Hamid

    2083270

    Penyelidikan dan Projek Khas

    Pegawai Perancang Bandar (J41)

    Jaslina binti Saidin

    2083271

    Rancangan Pemajuan

    Penolong Pegawai Perancang Bandar Kanan((J36)

    Suhaimi bin Ramli

    2083279

    Kawalan Pembangunan

    Penolong Pegawai Perancang Bandar Kanan (J36)

    Maizan binti Mohamad

    2083275

    Penguatkuasaan Perancangan

    Penolong Pegawai Perancang Bandar (J36)

    Aminuddin bin Jaafar

    2083279

    Kawalan Pembangunan

    Penolong Pegawai Perancang Bandar (J36)

    Isahak bin Hj. Hashim

    2083274

    Penyelidikan dan Projek Khas

    Penolong Pegawai Perancang Bandar (J29)

    Fathorahman bin Md Badri

    2083278

    Kawalan Pembangunan

    Penolong Pegawai Perancang Bandar (J29)

    Norhafizah binti Noor Aris

    2083282

    Penguatkuasaan Perancangan

    Penolong Pegawai Perancang Bandar (J29)

    Hairun binti Hamzah

    2083282

    Penguatkuasaan Perancangan

    Penolong Pegawai Perancang Bandar (J29)

    Mustafa bin Alias

    2083274

    Rancangan Pemajuan

    Penolong Pegawai Perancang Bandar (J29)

    Aida Suryani binti Abdul Kadir

    2083272

    Penyelidikan dan Projek Khas

    Penolong Pegawai Perancang Bandar (J29)

    Zahril Khafiz bin Mohamed Khalil

    2083274

    Penyelidikan dan Projek Khas

    Juruteknik Perancang Bandar Kanan (J22)

    Faithal Sani bin Hj. Mokhtar

    2083278

    Kawalan Pembangunan

    Pelukis Pelan Kanan (J22)

    Siti Roziha binti Syed Hassan

    2083276

    Unit Pelukis Pelan

    Pembantu Tadbir (PA) (N22)

    Intan Suriani binti Abdullah

    2083388

    Pentadbiran

    Ketua Pembantu Tadbir (CC) (N22)

    Mohamad Nizam bin Baini

    2083280

    Pentadbiran