MENU

Selamat Datang Ke Portal Rasmi Majlis Daerah Jelebu

Pengumuman
  • Tiada pengumuman buat masa sekarang
Pemakluman Perpindahan Pejabat

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Unit / Bahagian yang beroperasi di Mengkan akan dipindahkan ke Wisma MDJ / Dewan Besar Kuala Klawang berkuatkuasa 19 Mei 2025. Ini adalah bagi memudahkan urusan pentadbiran harian Majlis Daerah Jelebu dan untuk memberikan ruang pejabat yang lebih baik untuk kakitangan Unit / Bahagian tersebut.

3. Oleh yang demikian, Unit / Bahagian seperti di bawah adalah diarahkan untuk berpindah ke pejabat seperti berikut:

Bil Bahagian / Unit Asal  Bahagian / Unit Baru
1. Bahagian Perancangan Bandar dan Lanskap Berpindah ke Unit OSC, Dewan Besar Kuala Klawang
2. Unit Aduan Awam Berpindah ke pejabat Bahagian Pengurusan dan Pentadbiran, Wisma MDJ
3. Unit Pelancongan dan Korporat Berpindah ke pejabat Bahagian Perancang Bandar dan Landskap

Sekian, terima kasih.

 

Saya yang menjalankan amanah,

Tuan Abdul Rahim Bin A.Aziz,

Yang DiPertua, Majlis Daerah Jelebu.

Notis Makluman

Notis Makluman Untuk Menjalankan Kerja Penyelenggaraan Pokok Berbahaya Di Taman Bukit Kempas, Daerah Jelebu.

   1. Kepada Pemilik Dan Penghuni Premis Kediaman Di Taman Bukit Kempas

   2.  Kepada Pengguna Jalan Raya Di Jalan Syed Bakar, Kuala Klawang

Dimaklumkan bahawa Majlis Daerah Jelebu telah melantik kontraktor pelaksana untuk melaksanakan kerja-kerja sepertimana yang tersebut di atas melalui sebutharga terbuka, di mana skop akan melibatkan kerja-kerja penyelenggaraan pokok berbahaya.

Tempoh pelaksanaan projek adalah dijangka bermula dari 2 Mei 2025 sehingga 6 Jun 2025 (5 minggu).

Empty