
Puan Normarliana binti Maarif
Penolong Pegawai Tadbir N5
Emel : normarliana@mdjelebu.gov.my / pelancongan@mdjelebu.gov.my / korporat@mdjelebu.gov.my
UNIT KORPORAT
OBJEKTIF
- Meningkatkan imej dan persepsi Majlis Daerah Jelebu.
- Melaksanakan usaha-usaha bagi memantapkan dan memperkasa pengurusan pelanggan Majlis Daerah Jelebu.
- Menyelaras dan merancang program bagi mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan yang berkesan.
- Bahagian ini menjaga persefahaman dan memelihara hubungan awam secara efektif dengan cara melibatkan pihak luar dan dalaman Majlis Daerah Jelebu.
- Bahagian ini juga menjadi jambatan penghubung yang menyampaikan maklumat berkaitan Majlis Daerah Jelebu kepada orang awam dan agensi luar.
FUNGSI BAHAGIAN
- Melaksanakan dan menguruskan kerja-kerja berkaitan perhubungan awam dan majlis-majlis rasmi.
- Menguruskan bahan-bahan berkaitan majlis rasmi jabatan atau sebarang program yang berkaitan majlis untuk disiarkan dalam akhbar, laman web, Facebook, dan e-mel Majlis Daerah Jelebu.
- Mengaturkan aktiviti bersama-sama dengan pihak media.
- Bertanggungjawab bagi hal ehwal komuniti seperti Jawatankuasa Penduduk dan Agenda Tempatan 21 (Local Agenda 21).
- Bertanggungjawab menyediakan teks ucapan Yang Dipertua bagi setiap program atau acara rasmi.
- Bertanggungjawab dalam mengatur dan menyelaras lawatan-lawatan rasmi Yang Dipertua, Ahli Majlis, dan anggota ke luar dan dalam negeri.











