Puan Normarliana binti Maarif
Penolong Pegawai Tadbir N5
Emel : normarliana@mdjelebu.gov.my / pelancongan@mdjelebu.gov.my / korporat@mdjelebu.gov.my
UNIT KORPORAT
- OBJEKTIF
- Meningkatkan imej dan persepsi Majlis Daerah Jelebu.
- Melaksanakan usaha-usaha bagi memantap dan memperkasa pengurusan pelanggan Majlis Daerah Jelebu.
- Menyelaras dan merancang program bagi mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan yang berkesan.
- Bahagian ini menjaga persefahaman dan memelihara hubungan awam secara efektif dengan cara melibatkan pihak luar dan dalaman Majlis Daerah Jelebu.
- Bahagian ini juga menjadi jambatan penghubung yang menyampaikan maklumat berkaitan Majlis Daerah Jelebu kepada orang awam dan agensi luar.
2. FUNGSI BAHAGIAN
- Melaksanakan dan menguruskan kerja-kerja berkaitan perhubungan awam dan majlis-majlis rasmi.
- Menguruskan bahan-bahan berkaitan majlis rasmi jabatan atau sebarang program yang berkaitan majlis untuk disiarkan dalam akhbar, laman web, facebook dan e-mail Majlis Daerah Jelebu.
- Mengaturkan aktiviti bersama dengan pihak media.
- Bertanggungjawab Bagi Hal Ehwal Komuniti Seperti Jawatankuasa Penduduk, Local Agenda 21;
- Bertanggungjawab Menyediakan Teks Ucapan Yang Dipertua Bagi Setiap Program Atau Acara Rasmi;
- Bertanggungjawab Dalam Mengatur Dan Menyelaras Lawatan-Lawatan Rasmi Yang Dipertua, Ahli Majlis Dan Anggota Ke Dalam Dan Luar Negeri.
UNIT PELANCONGAN
- OBJEKTIF
- Menguruskan perkhidmatan pelancongan yang berkualiti.
- Meningkatkan dan mempelbagaikan produk pelancongan berasaskan kekuatan serta keunikan sumber tempatan.
- FUNGSI
- Merancang dan mengemukakan kertas cadangan bagi projek pembangunan dan produk pelancongan kepada Kerajaan Negeri dan Persekutuan
- Merancang dan melaksanakan program pelancongan di Daerah Jelebu.
- Mengumpul maklumat-maklumat berkaitan pelancongan Daerah Jelebu.
- Merancang dan melaksanakan program promosi melalui program-program promosi bersama media.
- Melaksanakan hebahan program dan promosi melalui medium media sosial, LED Screen, Media cetak setiap bulan.
- Melaksanakan pemantauan berkala produk-produk pelancongan sedia ada dan baharu di Daerah Jelebu.
- Menjalinkan kerjasama dan komunikasi dengan pelbagai agensi berkaitan bagi menggalakkan aktiviti pelancongan Daerah Jelebu.