LATAR BELAKANG JABATAN KEWANGAN
Jabatan Kewangan Majlis Bandaraya Ipoh pada asalnya dikenali sebagai Jabatan Bendahari. Bermula tahun 2000, nama Jabatan Kewangan digunapakai. Jabatan Kewangan ini wujud berasaskan pembentukan Majlis Perbandaran Ipoh pada tahun 1962. Jabatan ini mempunyai dua tonggak utama iaitu dari sudut operasi dan perakaunan. Dua bahagian ini ialah Bahagian Operasi Kewangan dan Bahagian Perakaunan.
Jabatan Kewangan dipertanggungjawabkan untuk mengurus dan mentadbir hal-hal kewangan dan perakaunan. Aktiviti utama Jabatan Kewangan dikhususkan kepada pengurusan dan pengawalan kewangan Majlis serta penyediaan dan penyelenggaraan rekod-rekod berhubung dengan kewangan Majlis. Disamping itu tugas-tugas mengutip hasil dan membayar segala perbelanjaan Majlis turut dipertanggunjawabkan.
STRATEGI JABATAN KEWANGAN
- Memastikan rekod kewangan adalah sahih, teratur dan tepat supaya laporan serta penyata kewangan yang sempurna dapat disediakan.
- Meningkatkan hasil Majlis dengan menggunakan pelbagai sumber dan kaedah secara bersistematik.
- Menguruskan perbelanjaan secara berhemah melalui perancangan bajet terkawal dan sistematik serta pelaksanaan pelan penjimatan secara menyeluruh.
- Menggiatkan penguatkuasaan dan kawalan tunggakan.
Mempertingkatkan sistem kerja dan urus tadbir secara berterusan bagi mempertingkatkan khidmat pelanggan dan " stakeholder ".
OBJEKTIF JABATAN KEWANGAN
Jabatan Kewangan Majlis Bandaraya Ipoh mempunyai 4 objektif :
- Memastikan semua perolehan dibuat mengikut prosedur dan kos efektif.
- Memastikan semua transaksi dan rekod pengurusan kewangan dibuat mengikut prosedur dan garis panduan yang telah ditetapkan berdasarkan Arahan Perbendaharaan, Akta Acara Kewangan dan lain-lain peruntukan yang digunapakai.
- Memastikan tindakan penguatkuasaan tunggakan cukai taksiran dilaksanakan mengikut pelan tindakan yang ditetapkan serta pemantauan yang berterusan terhadap tunggakan lain-lain hasil.
- Memastikan kutipan hasil sistem letak kereta dilaksanakan dengan baik dan teratur.
VISI JABATAN KEWANGAN
Meningkatkan hasil, menjimatkan belanja, memperkasakan kualiti kerja.
MISI JABATAN KEWANGAN
Ke arah kecemerlangan sistem kerja dan urus tadbir pengurusan kewangan berlandaskan pelan perancangan yang strategik, konsisten dan relevan.
ETIKA KERJA JABATAN KEWANGAN
Integriti
- Patuh pada setiap peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.
- Melaksana tanggungjawab dengan amanah.
Ilmiah
- Sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan pemahaman berkaitan tugas dan tanggungjawab.
- Memanfaatkan ilmu pengetahuan untuk peningkatan kualiti kerja.
Ikhlas
- Bekerja sebagai satu ibadah, mendekatkan diri kepada Tuhan untuk keberkatan hidup.
Iltizam
- Mempunyai azam dalam memastikan setiap hasil kerja yang dilakukan berkualiti.
- Sentiasa bersedia untuk memberikan perkhidmatan terbaik pada setiap masa.
DASAR JABATAN KEWANGAN
Komited dalam merancang, menyelaras dan melaksanakan pengurusan kewangan yang lengkap dan sempurna.
SLOGAN JABATAN KEWANGAN
Akauntabiliti, Kredibiliti Dan Integriti Amalan Bersama.
PIAGAM PELANGGAN JABATAN KEWANGAN
Cek bayaran dikeluarkan 7 hari (bekerja) dari tarikh baucer yang lengkap diterima.
- Masa menunggu bagi kaunter pembayaran
Waktu Puncak - 30 minit hingga 1 jam
Waktu Biasa - 10 minit hingga 15 minit
- Masa memproses bil
1 minit untuk 1 bil
- Menyelaras dan menyelia tempat letak kereta di sekitar bandaraya Ipoh pada setiap hari bekerja.
- Menyediakan dan mengemukakan bajet Majlis ke Pihak Berkuasa Negeri sebelum 31 Ogos setiap tahun.
- Menyediakan Penyata Kewangan untuk sesuatu tempoh perakaunan bagi dibentangkan di Mesyuarat Majlis bulan Jun tahun berikutnya sebelum dikemukakan kepada Jabatan Audit Negara bergantung kepada dokumen yang lengkap.
- Mengeluarkan bil-bil cukai taksiran kepada pembayar cukai tidak lewat daripada 15hb Januari dan 15hb Julai setiap tahun pada alamat terakhir dalam rekod Majlis.
- Penguatkuasaan mengeluarkan notis selepas 2 minggu dan mengeluarkan waran tahanan harta selepas 1 minggu.
- Laporan Kertaskerja Jawatankuasa Penasihat Kewangan disediakan setiap bulan sebelum 15 hb bulan berikutnya untuk tujuan Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Kewangan.
- Proses bagi mengeluarkan notis tender adalah 7 hari (bekerja).
- Proses jual beli tender 14 hari (bekerja).
AKTIVITI-AKTIVITI BAGI FUNGSI-FUNGSI UTAMA