Jabatan Kesihatan
UNIT KAWALAN VEKTOR
- FUNGSI UTAMA
1.1 Kawalan Dan Pencegahan Demam Denggi
1.1.1 Merancang , mengatur , mengetuai , melaksana dan menilai semula semua aktiviti Unit Kawalan Vektor
1.1.2 Mengurangkan morbidity dan mortality penyakit-penyakit bawaan vektor
1.1.3 Menjalankan siasatan ke atas kes-kes penyakit bawaan vektor yang dinotifikasikan dan menentukan punca jangkitan serta mengambil tindakan kawalan.
1.1.4 Menjalankan tinjauan aedes untuk mengesan pembiakan jentik-jentik nyamuk aedes.
1.1.5 Menjalankan semburan ( termal fogging/ ulv) untuk membunuh nyamuk aedes dikawasan yang tinggi petunjuk aedes atau terdapat kes-kes denggi yang dilaporkan.
1.1.6 Menjalankan kerja-kerja pengurangan punca-punca pembiakan nyamuk Aedes.
1.1.7 Aktiviti pemusnahan jentik-jentik nyamuk aedes dengan larviciding.
1.1.8 Menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan longkang tanah ‘anti malaria' dalam kawasan MBI.
1.2 Tindakan Dan Siasatan Aduan Awam
1.2.1 Menjalankan siasatan aduan kacau ganggu nyamuk dan mengambil tindakan pencegahan penyakit demam denggi.
1.2.2 Menjalankan kerja-kerja kawalan roden (tikus) di bangunan milik MBI.
1.2.3 Menjalankan kerja kawalan dan pembasmian ulat bulu dan kutu apabila mendapat aduan daripada orang awam.
1.3 Penguatkuasaan Undang-undang APSPP
1.3.1 Melaksanakan penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dengan menjalankan pemeriksaan ulangan, mengeluarkan notis /kompaun dan menguruskan kerja-kerja tindakan mahkamah.
1.4 Pendidikan Kesihatan
1.4.1 Memberi kesedaran kepada orang awam mengenai penyakit bawaan vektor langkah pengawalan dan pencegahannya.
1.4.2 Mengatur program gotong-royong ‘Cari dan Musnah' di kawasan ‘hotspot' denggi.
1.4.3 Mengadakan pameran kesihatan dan kesedaran awam di sekolah, institusi pengajian, komplek perniagaan dan tempat tumpuan awam.
PIAGAM PELANGGAN
UNIT KAWALAN VEKTOR
2.1 Semua kes Demam Denggi akan disiasat dalam tempoh 24 jam
2.2 Semua tindakan kawalan kes Demam Denggi akan dijalankan dalam tempoh 24 jam
2.3 Semua aduan berhubung dengan gangguan nyamuk akan disiasat dalam tempoh 48 jam (2 hari)
2.4 Semua pesakit, hubungi pesakit serta jiran dalam lingkungan 200 meter radius dari rumah pesakit akan diberi pendidikan kesihatan dalam perkara mengawal dan mencegah penyakit demam denggi.

UNIT PENGURUSAN PASAR
1. Fungsi Utama
i. Merancang, mengatur, mengetuai, melaksana dan menilai semula semua aktiviti Unit Pengurursan Pasar.
ii. Memproses semua jenis permohonan lesen pasar termasuk peniaga tetap, sambilan, sementara dan pelesenan pasar swasta.
iii. Memastikan serta mempertingkatkan tahap kebersihan pasar dan sanitasi peniaga bagi menjamin penjualan makanan yang bersih dan selamat.
iv. Melaporkan segala kerosakan bangunan, bekalan air/elektrik dan lain-laian kepada Bahagian Kerja dan Bangunan untuk kerja-kerja pembaikan.
v. Menguatkuasakan Undang-Undang Kecil Mengawal Pasar Awam dan Pasar Swasta (Majlis Perbandaran Ipoh) 1984; Akta Makanan 1983 dan Undang-Undang Kecil Pengendali Makanan (Majlis Perbandaran Ipoh) 1981.
vi. Memberi perkhidmatan pelanggan secara terus atau melalui telefon berhubung dengan pelesenan dan pengurusan pasar-pasar.
vii. Pengawalan dan pengawasan aktiviti peniaga-peniaga di pasar awam dan pasar swasta.
viii. Merancang dan melaksanakan kerja-kerja pembersihan pasar-pasar awam termasuk tandas awam secara berjadual.
ix. Menjalankan penyewaan dan kutipan penyewaan ke atas gerai-gerai Pasar Besar
x. Menerima dan mengambil tindakan ke atas aduan-aduan awam berkaitan kebersihan pasar.
xi. Mengambil tindakan rampasan ke atas jualan tanpa lesen sekitar 50 meter dalam kawasan pasar.
2. Piagam Pelangan
i. Memproses permohonan lesen pasar dalam masa 2 minggu.
ii. Membersih semua pasar awam setiap hari pada tahap yang memuaskan.
iii. Menyiasat dan menyelesaikan aduan-aduan berkenaan pasar dalam masa seminggu.
iv. Mengutip sewa Pasar Besar dalam bulan pertama untuk setiap penggal bil sewa.
3. Cadangan Pembinaan Pasar Baru (Mengikut Keutamaan)
a. Pasar Gunung Rapat
b. Pasar Pasir Puteh
c. Pasar Pasir Pinji
d. Pasar Kg. Simee
e. Pasar Jelapang
f. Pasar Buntong
4. Cadangan Untuk Baikpulih (Mengikut Keutamaan)
a. Pasar Menglembu
b. Pasar Tg. Rambutan
c. Pasar Borong
d. Pasar Simpang Pulai
e. Pasar Ampang
f. Pasar Tambun
g. Pasar Kg. Tawas
h. Pasar Bukit Merah












