16 Februari 2026 – Satu perjumpaan khas telah diadakan di antara Yang DiPertua Majlis Daerah Jelebu, YBrs. Tuan Mohamad Syahanaz bin Mustapah bersama seluruh warga kerja Majlis Daerah Jelebu (MDJ).
Dalam majlis yang penuh bermakna ini, Tuan Yang DiPertua telah menyampaikan amanat sulung beliau bagi tahun 2026. Antara intipati amanat tersebut, beliau menekankan kepentingan integriti, dedikasi, dan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan demi kesejahteraan masyarakat di daerah Jelebu selain fokus utama beliau ialah memperkemas tadbir urus dan budaya kerja dengan memperkasakan integriti, profesionalisme dan komitmen dalam setiap tugasan dengan mengambil kira polisi ‘No Wrong Door’. Setiap kakitangan perlu mempertingkat pengetahuan dan pemikiran kreatif dalam usaha itu.
Tuan Yang DiPertua menzahirkan harapan yang tinggi agar seluruh kakitangan dapat memberikan kerjasama yang padu kepada kepimpinan baharu ini. Beliau menyeru agar semua pihak menggembleng tenaga dan idea untuk terus memacu pembangunan serta menaikkan imej Majlis Daerah Jelebu ke tahap yang lebih tinggi.











