Notis Makluman Untuk Menjalankan Kerja Penyelenggaraan Pokok Berbahaya Di Taman Bukit Kempas, Daerah Jelebu.
1. Kepada Pemilik Dan Penghuni Premis Kediaman Di Taman Bukit Kempas
2. Kepada Pengguna Jalan Raya Di Jalan Syed Bakar, Kuala Klawang
Dimaklumkan bahawa Majlis Daerah Jelebu telah melantik kontraktor pelaksana untuk melaksanakan kerja-kerja sepertimana yang tersebut di atas melalui sebutharga terbuka, di mana skop akan melibatkan kerja-kerja penyelenggaraan pokok berbahaya.
Tempoh pelaksanaan projek adalah dijangka bermula dari 2 Mei 2025 sehingga 6 Jun 2025 (5 minggu).