MENU

PERMOHONAN TUKAR NAMA PEMILIK HARTA DAN ALAMAT HARTA

Pindahmilik Nama Harta hendaklah di isi melalui Borang I dan dihantar atau hadir ke Pejabat Majlis Daerah Jelebu dan bawa bersama-sama dokumen yang diperlukan.

Prosedur

  1. Lengkapkan Borang I (Borang pindahmilik nama);
  2. Sertakan dokumen sokongan;
  3. Hantar atau hadir ke Pejabat Majlis Daerah Jelebu untuk proses selanjutnya

Dokumen Sokongan

Senarai salinan dokumen yang diperlukan untuk Pindahmilik Nama Harta pada Cukai Taksiran, BORANG I

  1.  1 Salinan Geran Hakmilik;
  2.  1 Salinan Pelan Geran Hakmilik atau 1 Salinan Perjanjian Jualbeli (jika ada);
  3.  1 Salinan Kad Pengenalan Pemilik;
  4.  1 Salinan Resit Cukai Tanah (Tahun Semasa);
  5.  1 Salinan Resit Cukai Taksiran (Tahun Semasa)

 Muat turun Borang I 

*Setiap pindahmilik nama harta akan dikenakan bayaran sebanyak RM 10.60 (termasuk GST) bagi setiap pindahmilik harta yang dilakukan.

 

Sebarang pertanyaan sila hubungi:

Bahagian Penilaian dan Pengurusan Harta

Majlis Daerah Jelebu

Tingkat 2, Pusat Komersial MDJ

71600 Kuala Klawang

Negeri Sembilan.

Tel: 06-6136991/06-6136479

Fax: 06-06-6137515