MENU

Semua pengunjung yang ingin ke Daerah Jelebu boleh menggunakan perkhidmatan bas awam dan teksi.

* Bas Awam
  Pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan bas awam CityLiner dari Bandar Seremban ke Kuala Klawang dengan menaiki bas dari Terminal 1 di platform bernombor 13, dengan kadar tambang sebanyak RM4.30 dan mengambil masa selama 45 minit untuk sampai ke Pekan Kuala Klawang (Jelebu). Perkhidmatan ini juga meliputi seluruh kawasan iaitu Bandar Kuala Klawang sehingga Pekan Titi. Perkhidmatan bas bermula jam 6.00 pagi sehingga 7.00 malam.

 * Teksi
Perkhidmatan teksi juga boleh didapati di Jelebu bemula jam 8.00 pagi hingga 7.00 malam. Kadar tambang adalah mengikut jauh perjalanan yang dikehendaki penumpang