PROSEDUR PERMOHONAN PREMIS (GERAI/AKED/PASAR) |
|
Syarat-syarat Permohonan |
|
1 |
Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang permohonan lesen iklan. Borang boleh didapati di kaunter pelesenan, Majlis Daerah Jelebu atau muat turun dari laman sesawang MDJ. |
2 |
Bayaran proses sebanyak RM 12.00 akan dikenakan semasa menyerahkan permohonan. |
3 |
Borang permohonan akan diproses dan panggilan temuduga akan diadakan dari semasa ke semasa sekiranya terdapat kekosongan unit premis. |
4 |
Bagi permohonan yang berjaya, surat tawaran akan dikeluarkan berserta dengan syarat-syarat penyewaan. |
5 |
Pemohon hendaklah mengembalikan Borang Akuan Terima dan menjelaskan bayaran yang berkaitan dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat tawaran dikeluarkan. |
6 |
Kegagalan mengembalikan Borang Akuan Terima dan menjelaskan bayaran mengikut tempoh yang diberikan akan menyebabkan surat tawaran terbatal dan tawaran baru akan dikeluarkan kepada pemohon kedua yang berjaya. |
Dokumen Yang Diperlukan |
|
1 |
Satu keping gambar berwarna berukuran passport. |
2 |
Salinan kad pengenalan pemohon. |
3 |
Salinan bil cukai taksiran terbaru yang telah dijelaskan. (Jika berkenaan) |
4 |
Salinan pendaftaran perniagaan (SSM). |
5 |
Salinan resit bayaran pemeriksaan alat pemadam api. |
6 |
Salinan sijil pemeriksaan kesihatan/suntikan (Typhoid) yang sah untuk pelesen dan pembantu (Perniagaan makanan & minuman sahaja). |
7 |
Salinan sijil kursus asas pengendalian makanan yang sah (Perniagaan makanan & minuman sahaja). |
8 |
Visual iklan berwarna bersaiz A4. (Jika berkenaan) |
SYARAT-SYARAT AM PENYEWAAN PREMIS MAJLIS DAERAH JELEBU |
|
1. |
Penyewa hendaklah menjalankan perniagaan yang diluluskan oleh Majlis Daerah Jelebu sahaja. Sebarang perubahan dan tambahan kepada jenis perniagaan hendaklah mendapat kelulusan bertulis Majlis Daerah Jelebu terlebih dahulu. |
2. |
Penyewa dikehendaki membayar deposit sewaan sebanyak 3 bulan nilai sewaan. |
3. |
Premis ini tidak boleh ditukar milik, disewakan atau dipajakkan kepada pihak lain. Majlis Daerah Jelebu akan menarik balik sewaan sekiranya terbukti penyewa tidak menjalankan perniagaan sendiri. |
4. |
Sebarang binaan, pindaan atau tambahan adalah tidak dibenarkan kecuali mendapat kebenaran bertulis dari Majlis Daerah Jelebu dan segala penambahan dan ubahsuaian akan menjadi harta modal Majlis Daerah Jelebu. |
5. |
Hendaklah sentiasa menjaga kebersihan bangunan, longkang dan kawasan sekitar bangunan. Sebarang tambahan keceriaan adalah dialu-alukan. |
6. |
Menanggung segala perbelanjaan membaiki atau mengganti kerosakan pada premis tersebut akibat perbuatan sengaja atau kecuaian penyewa atau pekerja-pekerjanya. |
7. |
Sekiranya penyewa tidak menjalankan perniagaan satu (1) bulan dari tarikh tawaran pernyewaan atau menghentikan perniagaan 3 bulan berturut-turut, Majlis Daerah Jelebu boleh menamatkan penyewaan dan membatalkan lesen tanpa mengeluarkan sebarang notis. Walaubagaimanapun adalah menjadi tanggungjawab penyewa untuk membayar segala bayaran yang masih tertunggak kepada Majlis Daerah Jelebu. |
8. |
Penyewaan ini boleh ditamatkan oleh mana-mana pihak dengan memberi sekurang-kurangnya satu (1) bulan notis bertulis kepada pihak yang satu lagi. |
9. |
Semasa penyerahan semula premis ini kepada Majlis Daerah Jelebu, premis mestilah berada dalam keadaan yang baik. |
10. |
Menyediakan dan memperbaharui tempoh hayat alat pemadam api dan disahkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Jelebu. |
11. |
Dilarang untuk dijadikan tempat kediaman atau tempat simpanan barang (stor). |
12. |
Perniagaan hendaklah dibuka sekurang-kurangnya 6 hari dalam seminggu kecuali dengan alasan yang munasabah dan mendapat kebenaran bertulis Majlis Daerah Jelebu. |
13. |
Penyewa mestilah menjelaskan bayaran sewaan gerai tersebut pada atau sebelum 7 haribulan setiap bulan. |
14. |
Menandatangani perjanjian sewa premis. |