MENU

 

KAUNTER

KETERANGAN

MASA OPERASI

Kaunter Khidmat Pelanggan

(Bahagian Khidmat Pengurusan)

  • Mengendalikan semua panggilan telefon.
  • Melayani pelanggan yang berurusan sama ada melalui telefon atau bersemuka.
  • Memastikan pelanggan mendapat layanan dan perkhidmatan yg mesra pelanggan.
  • Memberikan penerangan kepada pelanggan yang ingin mendapatkan penjelasan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi-agensi berkenaan.
  • Membantu menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh pelanggan yang berurusan dengan agensi terbabit.
  • Menerima dan mengendalikan aduan maklumbalas mengenai perkhidmatan agensi dari pelanggan.
  • Mengumpul, menyenggara dan menggunakan maklumat pelanggan untuk mencadangkan penambahbaikan ke atas penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.

Isnin - Jumaat

8.00PG – 5.00PTG

Kaunter Hasil(Bahagian Perbendaharaan)

  • Menerima segala pembayaran hasil Majlis Daerah Jelebu seperti Cukai Taksiran, Pelbagai Sewaan, Pelan, Lesen Perniagaan, Permit , Tender-Tender dan lain-lain bayaran.

Isnin – Jumaat

8.00PG – 4.00PTG

Kaunter Bahagian Kejuruteraan Dan Pembangunan

  • Pendaftaran Kontraktor
  • Menerima dan Memproses Permohonan Tambahan Dan Ubahsuai Bangunan Perniagaan/Kediaman
  • Pembelian Borang Sebutharga
  • Menerima dan Memproses Permohonan Kerja-Kerja Kecil Bangunan Perniagaan/Kediaman

Isnin - Jumaat

8.00PG – 5.00PTG

Kaunter Bahagian Penilaian Dan Pengurusan Harta

  • Menerima aduan awam yang berkaitan Bahagian Penilaian Dan Pengurusan Harta
  • Menerima dan memproses borang pindahmilik harta
  • Mengeluarkan bil cukai taksiran berdasarkan permintaan pemilik harta
  • Menerima dan menjawab surat pengesahan cukai taksiran
  • Membantu orang awam berurusan dengan bahagian yang berkaitan

Isnin - Jumaat

8.00PG – 5.00PTG

Kaunter Bahagian Kesihatan Dan Perbandaran

  • Menerima, memproses permohonan baru lesen perniagaan serta memperbaharui lesen perniagaan
  • Menerima dan memproses permohonan sewaan bangunan Majlis Daerah Jelebu
  • Menerima dan memproses permohonan permit menutup jalan/memasang khemah
  • Menerima dan memproses permohonan menutup jalan/memasang khemah untuk upacara keagamaan/kematian
  • Menerima dan memproses permohonan permit perniagaan terhad dalam kawasan Majlis Daerah Jelebu
  • Menerima dan memproses permohonan lesen penjaja sementara sempena sambutan hari perayaan
  • Menerima dan memproses permohonan pemasangan kain rentang/banner

Isnin - Jumaat

8.00PG – 5.00PTG

Kaunter Bahagian Perancangan Dan Lanskap

  • Menerima aduan daripada orang awam mengenai permasalahan berkaitan.
  • Menerima permohonan pra rundingan daripada perunding.
  • Menerima surat-surat bagi Bahagian Perancangan dan Landskap

Isnin - Jumaat

8.00PG – 5.00PTG

Kaunter Unit OSC

Kaunter 1

  • Pertanyaan AM
  • Urusan Terima/Tuntutan Pelan Lulus (2006-2015);
  • Urusan Terima/Tuntutan Permit Kerja Pembinaan(2006-2015); DAN
  • Urusan Tuntutan Deposit Pembinaan(2006-2015).

Kaunter 2

Menerima, menyemak semua permohonan sebelum di proses untuk tindakan Agensi Teknikal/Pemohon:

  • PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG
  • PERMOHONAN PELAN BANGUNAN;
  • PERMOHONAN PELAN JALAN DAN PARIT;
  • PERMOHONAN PELAN KERJA TANAH;
  • PERMOHONAN PELAN LANDSKAP;
  • PERMOHONAN PELAN LAMPU JALAN;
  • PERMOHONAN NAMA TAMAN DAN JALAN; DAN
  • SIJIL SIAP DAN PEMATUHAN (CCC)

Isnin - Jumaat

8.00PG – 5.00PTG

Kaunter Unit Penguatkuasaan

  • Menerima aduan awam yang berkaitan bahagian penguatkuasaan
  • Menerima permohonan salinan kompaun
  • Menerima dan menjawab surat menyurat berkaitan Bahagian Penguasaan
  • Membantu orang awam berurusan dengan bahagian yang berkaitan

Isnin - Jumaat

8.00PG – 5.00PTG