MENU

PROSEDUR PERMOHONAN LESEN PERNIAGAAN

 

Syarat-syarat Permohonan

  • Syarikat perniagaan atau perniagaan tunggal hendaklah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

  • Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang permohonan lesen perniagaan. Borang boleh didapati di kaunter pelesenan, Majlis Daerah Jelebu atau muat turun dari laman sesawang MDJ.

  • Bayaran proses sebanyak RM 12.00 akan dikenakan semasa menyerahkan permohonan.

 

Dokumen Yang Diperlukan

  • Satu keping gambar berwarna berukuran passport.

  • Salinan kad pengenalan pemohon.

  • Salinan bil cukai taksiran terbaru yang telah dijelaskan. (Jika berkenaan)

  • Salinan pendaftaran perniagaan (SSM).

  • Salinan resit bayaran pemeriksaan alat pemadam api.

  • Salinan sijil pemeriksaan kesihatan/suntikan (Typhoid) yang sah untuk pelesen dan pembantu (Perniagaan makanan & minuman sahaja).

  • Salinan sijil kursus asas pengendalian makanan yang sah (Perniagaan makanan & minuman sahaja).

  • Lakaran pelan lokasi premis.

  • Visual iklan berwarna bersaiz  A4. (Jika berkenaan)

 

Syarat-syarat kelulusan

  • Premis yang digunakan hendaklah mematuhi dan memenuhi syarat dan kehendak asas Bahagian Kejuruteraan Dan Pembangunan MDJ dan mempunyai kelulusan pelan bangunan dan sijil layak menduduki bangunan. (Dikecualikan untuk lesen gerai & penjaja)

  • Premis yang digunakan  hendaklah mematuhi dan memenuhi syarat dan kehendak asas Jabatan Kesihatan.

  • Premis yang digunakan  hendaklah mematuhi dan memenuhi syarat dan kehendak asas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. (Dikecualikan untuk lesen gerai & penjaja)

  • Premis yang digunakan  hendaklah mematuhi dan memenuhi syarat dan kehendak asas mana-mana jabatan/agensi yang berkenaan.

 

Kaedah Pembayaran Lesen

  • Lesen perlu dibayar secara tahunan dimana tempoh sah lesen adalah berakhir pada 31 Disember setiap tahun.

  • Pembayaran lesen hanya boleh dibuat di kaunter-kaunter bayaran MDJ dengan menggunakan:
    1. Wang Pos
    2. Cek (Syarikat)
    3. Kiriman Wang

      (atas nama Yang DiPertua, Majlis Daerah Jelebu, atau)

    4. Wang Tunai
    5. Internet Banking (CIMB)
    6. Kad Kredit

 

Pembatalan Lesen

          Lesen boleh terbatal melalui 2 cara:

  • Permohonan pembatalan lesen oleh pelesen itu sendiri atau

  • Lesen dibatalkan oleh Majlis Daerah Jelebu atas sebab-sebab pelanggaran syarat lesen atau pelanggaran mana-mana undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan oleh Majlis Daerah Jelebu.

 

Kehilangan Lesen

       Jika berlaku kehilangan lesen, pelesen boleh mendapatkan salinan pendua lesen di Unit Pelesenan, Bahagian Kesihatan Dan Perbandaran, Majlis Daerah Jelebu. Bayaran akan dikenakan bagi pengeluaran pendua lesen tersebut sebanyak 50% dari nilai fee lesen.

 

Senarai Perniagaan Yang Diluluskan Dalam Tempoh 24 Jam

Negeri Daerah  Sub Kategori Bil Senarai Lesen
Negeri Sembilan Majlis Daerah Jelebu Penjaja 1 Pasar Sari, Pasar Malam dan Pasar Tani
    Iklan

1

 

2

Kain Rentang dan Gegantung

 

Iklan Luar (Billboard)-Dijelaskan oleh Yayasan Negeri Sembilan