MENU

1  2  3

Jeram Gading

Lanskap indah dengan hutan hujan, sungai, dan air terjun berlatar belakangkan bukit-bukau dan gunung-ganang di sebelah timur berserta hamparan pantai berpasir di sebelah barat sudah cukup untuk menggambarkan Negeri Sembilan. Topografi Negeri Sembilan yang terletak di hujung banjaran utama utara selatan telah banyak mempengaruhi keindahan tanah tingginya.

Banyak pusat rekreasi bertempat disepanjang banjaran ini, yang paling besar tentulah Taman Negara. Di Negeri Sembilan, Jeram Gading merupakan tempat setandingnya. Adalah dipercayai, Jeram Gading mendapat namanya kerana kehadiran banyak gajah di sekitar kawasan itu.

Tarikan utama Jeram Gading adalah air terjunnya, kejernihan air yang mengalir melalui pokok-pokok dan percikan air ke kiri dan kanan setiap kali ia menghentam halangan, putaran berbentuk bola dan buih-buih putih sebelum lenyap di kawasan yang lebih tenang. Walaupun kawasan ini tidak sesuai untuk berkayak, ia merupakan tempat yang ideal untuk perkelahan berkeluarga.

Terletak 23km dari K. Klawang, Jeram Gading berada dalam Mukim Kenaboi. Dalam perjalanan ke sini, anda akan melintasi serta menikmati pemandangan hijau, yang kebanyakannya pokok buah-buahan dan kebun-kebun kepunyaan penduduk tempatan. Selain pemandangan yang mengasyikkan, pengunjung juga akan menghirup udara segar kerana kawasan ini belum diteroka sepenuhnya.

Kini, Jeram Gading telah dinaiktaraf menjadi salah satu kawasan pelancongan di bawah penyeliaan Majlis Daerah Jelebu.

Sila klik Jeram Gading Resort and Training Centre  @ Kg Chennah untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatanya.

 

« Kembali