MENU

Ketua Bahagian : Puan Noraszura binti Nordin

Penolong Pegawai Penilaian W32

Email: noraszura.mdjelebu@ns.gov.my

Objektif

Menilai pegangan/harta yang boleh dikenakan cukai di kawasan Majlis Daerah Jelebu bagai maksud kadaran dengan adil dan saksama mengikut peruntukan di dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976

Fungsi Bahagian

  • Melakukan kerja-kerja penilaian bagi tujuan kadaran untuk harta tanah yang berada didalam kawasan Majlis Daerah Jelebu
  • Mengendalikan tuntutan Caruman Membantu Kadar dari Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Badan – Badan Berkanun
  • Mengeluarkan Notis Kenyataan Pindaan dan menguruskan Lembaga Rayuan Pindaan Senarai Nilaian untuk pendengaran bantahan senarai Nilaian
  • Mengendalikan perizaban kawasan lapang yang berada dibawah kawalan Yang Di Pertua, Majlis Daerah Jelebu
  • Mengendalikan urusan-urusan pemilikan harta tanah Majlis Daerah Jelebu samada melalui perezaban ataupun pemilikan
  • Melayan, menyiasat dan menjawab aduan orang awam berhubung masalah cukai taksiran
  • Menyediakan maklumat harta tanah untuk jabatan lain seperti NAPIC, JPPH
  • Memberikan nombor bangunan dan jalan untuk projek perumahan dan bangunan baru
  • Menyediakan kertas kerja tertentu sebagaimana diarahkan oleh Setiausaha atau YDP untuk dibawa ke dalam Mesyuarat Penuh untuk makluman atau kelulusan Ahli Majlis Daerah Jelebu
  • Menguruskan pindahmilik di dalam daftar pemilik/fail peribadi MDJ
  • Menyelia fail-fail harta tanah yang berada di kawalan MDJ
  • Mengendalikan proses hapuskira untuk tunggakan yang tidak dapat dikutip untuk dibawa kedalam mesyuarat penuh dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan
  • Mengendalikan proses tuntutan cukai pintu melalui seksyen 148, Akta Kerajaan Tempatan
  • Mengeluarkan surat pengesahan kawasan operasi dan kawalan
  • Menyediakan anggaran pendapatan dan perbelanjaan tahunan dari Unit Penilaian