MENU

Ketua Bahagian : Encik Mohammad Zaidi bin Rosli

Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa JA36

Email : zaidi.mdjelebu@ns.gov.my

Objektif

Bahagian Perancang Bandar dan Desa berperanan untuk membentuk fungsi pembangunan yang komprehensif untuk mencapai suasana perbandaran yang mampan dan seimbang. Selain itu unit ini turut bertanggungjawab terhadap keindahan atau landskap di Daerah Jelebu

Fungsi Bahagian

  • Memproses permohonan bagi Kebenaran Merancang berdasarkan Kaedah Kawalan Perancangan, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, Akta 172
  • Menguatkuasakan peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan, Akta 133 bagi aktiviti salah guna bangunan
  • Menyediakan Rancangan Pemajuan iaitu Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan mengikut Peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, Akta 172
  • Menjalankan kajian terhadap isu-isu perancangan semasa dan menjadi urusetia kepada program dan projek berkaitan perancangan serta penyelesaian isu infranstruktur dan kemudahan awam
  • Mengawal dan menetapkan nama taman perumahan, jalan-jalan dan nombor-nombor bangunan di bawah pentadbiran Majlis Daerah Jelebu
  • Membuat lawatan tapak berkaitan permohonan tukar syarat, pecah tanah, pecah sempadan, pengambilan balik tanah dan projek-projek kerajaan
  • Melawat serta mengawas projek-projek pembangunan supaya mengikut syarat-syarat serta spesifikasi Majlis Daerah Jelebu
  • Merancang dan membangunkan landskap di kawasan Majlis Daerah Jelebu