MENU

Ketua Bahagian : Encik Noorzaidy bin Rohan

Penolong Pegawai Kesihatan dan Persekitaran U32

Email: noorzaidy.mdjelebu@ns.gov.my

Objektif

  • Mengawal dan meninggikan taraf kesihatan awam bagi penduduk yang tinggal dalam kawasan operasi Majlis Daerah Jelebu agar mereka dapat hidup dalam suasana yang selesa dan tenteram
  • Memastikan tahap kebersihan bandar dan tempat-tempat awam berada dalam keadaan terkawal. Mencegah daripada wujudnya penyakit berjangkit sama ada penyakit bawaan makanan dan air mahupun bawaan vektor
  • Mengawal dan meningkatkan lagi taraf kebersihan mutu makanan dari peringkat penyediaan hingga ke peringkat penjualan
  • Menentukan semua jenisperniagaan yang beroperasi dalam kawasan Majlis Daerah Jelebu dilesenkan dan sentiasa mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan.
  • Mewujudkan kesedaran dikalangan penduduk di dalam kawasan Majlis Daerah Jelebu dilesenkan dan sentiasa mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan
  • Melaksanakan Akta Dan Undang-Undang Kecil yang berkaitan dengan Kesihatan Awam Dan Pelesenan Majlis Daerah Jelebu

Fungsi Bahagian

  • Mengawal dan memastikan semua permohonan lesen dan permit mematuhi syarat-syarat pelesenan dan undang-undang yang berkaitan
  • Memantau serta menguruskan pengeluaran semua jenis lesen dan permit bagi tujuan pembaharuan dan pembatalan
  • Memberi khidmat nasihat berhubung dengan garis panduan dan syarat-syarat pelesenan kepada pemohonan
  • Membuat kajian tehadap semua permasalahan berkaitan pelesenan
  • Mencadangkan dasar-dasar dan syarat-syarat yang berkaitan perlesenan seperti penjaja, papan iklan, hiburan dan lain-lain.
  • Menjalankan tindakan penguatkuasaan pelesenan dan juga memantau segala aduan awam yang diterima.
  • Pengisian gerai-gerai Majlis Daerah Jelebu yang kosong
  • Menguruskan proses peruntukkan gerai atau petak niaga dan penjaja serta mengawal dan melesenkan penjaja berdasarkan peruntukkan Undang-Undang di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 serta Undang-undang Kecil Penjaja Majlis Daerah Jelebu
  • Menyelenggara dan melesenkan semua pasar-pasar awam atau persendirian meliputi penguatkuasaan Undang-undang Kecil Pasar Majlis Daerah Jelebu
  • Mengawal perkembangan dan melesenkan pasar-pasar lambak, mingguan, malam dan lain-lain yang berkaitan di seluruh kawasan operasi Majlis Daerah Jelebu
  • Melesenkan premis-premis perniagaan, kilang-kilang makanan dan minuman dan juga melesenkan premis yang menjalankan apa-apa tred, perniagaan, perindustrian dan lain-lain profesyen yang terdapat dalam kawasan operasi Majlis Daerah Jelebu
  • Mengawal dan melesenkan kantin-kantin yang terdapat dalam kilang, sekolah dan juga pusat-pusat pengajian tinggi awam dan swasta
  • Mengawal dan menjalankan kerja-kerja pemantauan dalam aktiviti Kawalan Mutu Makanan