
Ketua Bahagian : Encik Abdul Hanip bin Mohamad Nor
Pembantu Penguatkuasa Gred KP3
Emel :hanip@mdjelebu.gov.my / penguatkuasa@mdjelebu.gov.my
Objektif:
Unit ini bertanggungjawab dalam semua penguatkuasaan undang-undang bagi memastikan segala aduan pelanggan dan pelaksanaan undang-undang dijalankan mengikut Akta dan Undang-undang Kecil yang berkaitan. Antaranya merangkumi:
- Penguatkuasaan undang-undang
- Keselamatan harta Majlis
- Kompaun
- Operasi sitaan
Fungsi Unit:
- Menyiasat setiap aduan tentang adanya pelanggaran Undang-undang Kecil MDJ atau mengikut akta-akta tertentu.
- Memantau dan menyelia pasar tani, pasar malam, serta pasar sehari, dan mengeluarkan lesen sementara harian.
- Mengambil tindakan mengikut Undang-undang Kecil dan akta-akta yang guna pakai.
- Mengkaji keperluan peraturan dan Undang-undang Kecilmengikut perkembangan serta keperluan semasa.
- Merekod dan memantau apa-apa tindakan yang telah diambil ke atas peniaga, penduduk, dan orang awam agar kesalahan tidak terus dilakukan atau diulangi.








