16 Februari 2026 – Majlis Daerah Jelebu (MDJ) hari ini telah menerima kunjungan hormat dan lawatan kerja rasmi daripada YBHG. Dato' Mohd Fadzli Bin Mohd Kenali, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT).
Lawatan bersejarah ini telah disambut dan dipimpin oleh YBRS. Tuan Mohamad Syahanaz Bin Mustapah, Yang Dipertua Majlis Daerah Jelebu yang baharu, bersama ketua-ketua bahagian serta kakitangan Majlis Daerah Jelebu.
Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Tuan Yang DiPertua dengan sesi pengenalan daerah Jelebu yang kaya dengan adat dan potensi pembangunan. Seterusnya, satu sesi pembentangan terperinci mengenai status terkini serta perancangan projek-projek pembangunan di sekitar daerah ini telah dibincangkan.
Fokus utama adalah untuk memastikan setiap projek yang dirancang selari dengan visi kerajaan dalam meningkatkan kualiti hidup penduduk tempatan serta memperkasakan ekonomi daerah melalui infrastruktur yang mampan.
Bagi melihat sendiri perkembangan di lapangan, pihak Majlis Daerah Jelebu bersama delegasi Jabatan Kerajaan Tempatan telah mengadakan lawatan tapak ke beberapa lokasi utama iaitu Pasar Kuala Klawang, Projek Persekutuan di Kampung Baru, Sungai Muntoh dan Stadium Majlis Daerah Jelebu.
Terima kasih diucapkan kepada YBHG. Dato' Mohd Fadzli Bin Mohd Kenali atas kesudian meluangkan masa untuk turun padang melihat nadi pembangunan di Daerah Jelebu.








