Ketua Bahagian : Encik Muhammad Taufik bin Ismail
Penolong Jurutera JA36
Email: taufik@mdjelebu.gov.my / kejuruteraan@mdjelebu.gov.my
Objektif
Bahagian Kejuruteraan dan Pembangunan adalah bahagian yang bertanggungjawab dalam melaksanakan projek-projek pembangunan, infrastruktur dan kemudahan awam di seluruh kawasan pentadbiran Majlis Daerah Jelebu bagi memastikan kelestarian dan kesejahteraan penduduk setempat dapat dicapai dengan pembangunan prasarana yang lengkap.
Fungsi
- Memberikan ulasan untuk pelan-pelan bangunan, infrastruktur untuk kerja tanah, jalan dan parit dan lampu jalan.
- Merancang dan melaksanakan semua kerja-kerja infrastruktur dan kemudahan awam
- Menguruskan permit kerja-kerja kecil, permit bangunan sementara dan permit-permit laluan
- Memproses pelan-pelan kerja tambahan dan ubahsuai bagunan
- Menguruskan dan melaksanakan proses sebutharga dan tender kerja
- Memberi nasihat teknikal untuk projek-projek pembangunan yang dilaksanakan secara usaha sama dengan pihak swasta, ulasan teknikal kepada Unit OSC dan Bahagian Perlesenan, Majlis Daerah Jelebu
- Memberikan ulasan teknikal bagi permohonan CCC (Sijil Pematuhan dan Penyiapan)