Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa Unit / Bahagian yang beroperasi di Mengkan akan dipindahkan ke Wisma MDJ / Dewan Besar Kuala Klawang berkuatkuasa 19 Mei 2025. Ini adalah bagi memudahkan urusan pentadbiran harian Majlis Daerah Jelebu dan untuk memberikan ruang pejabat yang lebih baik untuk kakitangan Unit / Bahagian tersebut.
3. Oleh yang demikian, Unit / Bahagian seperti di bawah adalah diarahkan untuk berpindah ke pejabat seperti berikut:
Bil | Bahagian / Unit Asal | Bahagian / Unit Baru |
1. | Bahagian Perancangan Bandar dan Lanskap | Berpindah ke Unit OSC, Dewan Besar Kuala Klawang |
2. | Unit Aduan Awam | Berpindah ke pejabat Bahagian Pengurusan dan Pentadbiran, Wisma MDJ |
3. | Unit Pelancongan dan Korporat | Berpindah ke pejabat Bahagian Perancang Bandar dan Landskap |
Sekian, terima kasih.
Saya yang menjalankan amanah,
Tuan Abdul Rahim Bin A.Aziz,
Yang DiPertua, Majlis Daerah Jelebu.